Blog Majalah Retang 08

Memori Abadi SMKSR

[Tuan Pengetua]

Tuan Pengetua, Tuan Hj Bakri Bin Mohd Salim.........Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.  Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah atas kehadiran Majalah Retang ini untuk keluaran Edisi ke 3. Tahniah sekali lagi kepada barisan Sidang Redaksi yang berjaya meluangkan masa dan tenaga menyiapkan majalah ini.   Setelah lebih setahun saya bersama para guru dan anak-anak didik di SMK Sungai Retang. Kesimpulan yang boleh saya rumuskan bahawa kita boleh mencapai kejayaan yang lebih cemerlang jika setiap warga SMKSR tahu akan tanggungjawab masing-masing. Jika pihak pengurusan dan para guru telah merangka perancangan teliti ke arah kejayaan itu, tinggal lagi para anak didik memainkan peranan utama merealisasikan impian bersama tersebut. Walau bagaimanapun impian akan tinggal impian jika jalan lurus yang dirintis oleh para guru, dipesong oleh gejala-gejala yang sentiasa berlegar dalam kalangan para pelajar.   Gejala ponteng sekolah antara isu yang menjadi penekanan pihak sekolah dalam membenteras elemen-elemen kurang sihat dalam kalangan pelajar. Selain itu merokok dalam kalangan pelajar menjadi barah yang perlu dibendung dengan apa cara sekali pun. Hanya tindakan tegas yang dapat sedikit sebanyak mengatasi masalah berkenaan setelah pelbagai amaran dan kempen dijalankan pihak sekolah. Bak kata pepatah, cegah sebelum parah!      Akhir kata, saya selaku peneraju SMKSR ini ingin melahirkan harapan kepada semua warga SMKSR, agar bersama berganding bahu dalam melahirkan kejayaan baik di segi akademik, sahsiah dan kokurikulum para anak didik. Semoga tahun 2009 akan membuahkan hasil yang lebih gemilang bagi SMKSR, insya-Allah. 	 Sekian, terima kasih.     HAJI BAKRI BIN MOHD SALIM PENGETUA, SMK SUNGAI RETANG.

Tuan Pengetua, Tuan Hj Bakri Bin Mohd Salim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah atas kehadiran Majalah Retang ini untuk keluaran Edisi ke 3. Tahniah sekali lagi kepada barisan Sidang Redaksi yang berjaya meluangkan masa dan tenaga menyiapkan majalah ini. Setelah lebih setahun saya bersama para guru dan anak-anak didik di SMK Sungai Retang. Kesimpulan yang boleh saya rumuskan bahawa kita boleh mencapai kejayaan yang lebih cemerlang jika setiap warga SMKSR tahu akan tanggungjawab masing-masing. Jika pihak pengurusan dan para guru telah merangka perancangan teliti ke arah kejayaan itu, tinggal lagi para anak didik memainkan peranan utama merealisasikan impian bersama tersebut. Walau bagaimanapun impian akan tinggal impian jika jalan lurus yang dirintis oleh para guru, dipesong oleh gejala-gejala yang sentiasa berlegar dalam kalangan para pelajar. Gejala ponteng sekolah antara isu yang menjadi penekanan pihak sekolah dalam membenteras elemen-elemen kurang sihat dalam kalangan pelajar. Selain itu merokok dalam kalangan pelajar menjadi barah yang perlu dibendung dengan apa cara sekali pun. Hanya tindakan tegas yang dapat sedikit sebanyak mengatasi masalah berkenaan setelah pelbagai amaran dan kempen dijalankan pihak sekolah.Bak kata pepatah, cegah sebelum parah! Akhir kata, saya selaku peneraju SMKSR ini ingin melahirkan harapan kepada semua warga SMKSR, agar bersama berganding bahu dalam melahirkan kejayaan baik di segi akademik, sahsiah dan kokurikulum para anak didik. Semoga tahun 2009 akan membuahkan hasil yang lebih gemilang bagi SMKSR, insya-Allah. Sekian, terima kasih. HAJI BAKRI BIN MOHD SALIM, PENGETUA, SMK SUNGAI RETANG.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: